Sultan Kedah Mangkat

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dilaporkan akan mengadakan satu sidang akhbar mengenainya di Wisma Darul Aman petang ini.

Pemerintah Kedah mencipta sejarah apabila Baginda ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Agong buat kali kedua pada tahun 2012, kali pertama adalah pada tahun 1970.

Tuanku Abdul Halim menamatkan tempoh pemerintahannya sebagai Yang Dipertuan Agong ke 14 pada Disember tahun lalu dan digantikan oleh pemerintah Kelantan, Sultan Muhammad V. – 11 September 2017.

 

%d bloggers like this: