Agong, PM Tinjau Pusat Tahfiz

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V mencemar duli berangkat tiba di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang dilanda tragedi kebakaran mengorbankan 23 nyawa, malam tadi.

Baginda tiba kira-kira pukul 10.20 malam dan meluangkan masa 30 minit meninjau keadaan pusat tahfiz berkenaan selepas ia terbakar awal pagi kelmarin.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di pusat tahfiz berkenaan bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan diiringi tetamu kehormat.

Keadaan sesak di persekitaran pusat tahfiz tersebut tidak menghalang ratusan pengunjung dari kawasan sekitar menyambut ketibaan baginda. – 16 September 2017.