PAS Bukan Parti Orang Kampung – Mohd. Amar

Kejayaan PAS memenangi kerusi di kawasan bandar khususnya Kota Bharu pada pilihan raya umum lalu membuktikan parti Islam itu bukan parti orang kampung.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, apabila parti itu mampu bertahan selama 50 tahun dengan sejarah yang cemerlang membuktikan Islam boleh menarik perhatian semua golongan masyarakat.

“Dulu kita susah bergerak di kawasan bandar sekarang ia sudah berkembang dan diterima baik semua golongan.

“Saya rasa formula yang digunakan di Kota Bharu yang menang sejak sekian lama boleh dipakai di kawasan bandar-bandar lain seluruh negara,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Jubli Emas 50 tahun PAS Kota Bharu malam tadi.

Sementara itu beliau berkata, PAS telah membuktikan parti itu sebagai pilihan terbaik untuk pengundi dalam pilihan raya akan datang. – 23 September 2017.