Politik Pembangkang Politik Machiavellian

Gabungan parti pembangkang terjalin atas dasar kepentingan peribadi masing-masing sekali gus menjadi bahan jenaka rakyat yang tahu menilainya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hubungan politik seperti itu terjalin berdasarkan konsep politik ahli falsafah Niccolo Machiavelli iaitu menghalalkan cara untuk mencapai tujuan.

“Pembangkang ni… macam nak ketawa lihat apa mereka buat. Ia macam kahwin kontrak. Itu bahasa baiknya.

“Tetapi realitinya ialah, ia politik Machiavellian. Musuh kepada musuh anda ialah kawan saya,” katanya.

Beliau berkata, pimpinan gabungan pembangkang iaitu Lim Kit Siang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai agenda yang berbeza meskipun bekerjasama di bawah Pakatan Harapan.

“Saya percaya mimpi Mahathir lain, Lim Kit Siang lain, Anwar lain. Cuba kita tengok dalam mindanya.

“I’m sure mimpi lain-lain. You cannot have a country where the ideologies are different. They have their personal agenda. We cannot risk this country (Anda tak boleh ada negara yang mempunyai pelbagai ideologi. Mereka ada agenda peribadi. Kita tak boleh bahayakan negara ini),” katanya.

Kit Siang dan Anwar pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sewaktu pemerintahan Mahathir sebagai perdana menteri.

Namun kini Mahathir berganding bahu dengan bekas musuh ketatnya Anwar untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Najib. – 24 September 2017.