Suspek Bakar Tahfiz Didakwa Esok

Dua daripada tujuh suspek kes bakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah di Kampung Datuk Keramat baru-baru ini akan didakwa di mahkamah esok.

Dua suspek berkenaan akan didakwa atas tuduhan membunuh manakala lima bersabit kesalahan melibatkan dadah.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Sigh berkata, kertas siasatan kes tersebut telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara melibatkan pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kita (polis) telah menerima arahan untuk mendakwa mereka esok,” kata Amar dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Tujuh suspek berumur antara 11 hingga 18 tahun itu ditahan reman 14 hari sejak 15 September lalu.

Perintah tahanan reman terhadap mereka sepatutnya berakhir Jumaat ini. – 27 September 2017.