Jenazah Empat Sekeluarga Disemadi Dalam Satu Liang

Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan membabitkan treler dan kereta di Kilomter 52, Jalan Gua Musang-Kuala Krai selamat di kebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Tok Sangkut, Pasir Mas kira-kira pukul 12.15 tengah malam tadi.

Jenazah empat sekeluarga itu ialah Zainuddin Anuar, 30; Raizuamira Daud, 31; Nur Annisa Sofea, 3, dan Zayyan Nazreel, 13 hari.

Insiden yang meragut nyawa empat beranak itu berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi semalam selepas treler muatan beras dari Kuala Krai ke Gua Musang hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung kereta dinaiki mangsa.

Kesemua mangsa maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat. – 30 September 2017