Hamidah Nafi Dakwaan Rasuah Tinggal PPBM

Bekas Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman menafikan dakwaan kononnya beliau ditawarkan rasuah untuk meninggalkan parti itu bulan lepas.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai tuduhan ‘liar’ beliau berkata, akan pertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Abdul Rahman yang dikatakan membuat tuduhan itu keatasnya.

“Saya tidak pernah dapat tawaran untuk meninggalkan parti dan saya tidak sertai UMNO semula,” kata bekas ketua penerangan Wanita UMNO itu.

Hamidah bertindak keluar UMNO pada 2015 dan menubuhkan PPBM pada September tahun lepas bersama beberapa lagi rakan politiknya.

Syed Saddiq mendakwa ada “tangan ghaib” cuba merasuah Hamidah dan pemimpin lain untuk keluar parti.

Hamidah meninggalkan PPBM pada 16 September lalu. – 3 Oktober 2017.