Petrol Naik 3 Sen, Diesel 5 Sen

Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 naik tiga sen, masing-masing kepada RM2.19 seliter dan RM2.49 seliter bermula tengah malam ini hingga 11 Oktober.

Harga runcit diesel naik lima sen kepada RM2.17 seliter, demikian dinyatakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerusi infografik di laman sesawangnya.

Bagi minggu sebelum ini iaitu dari 28 September hingga 4 Oktober, harga runcit mingguan RON95 ialah RM2.16 seliter, RON97 (RM2.46 seliter) dan diesel (RM2.12 seliter). – Bernama, 4 Oktober 2017.