Jamal Ditahan

Datuk Jamal Md. Yunos ditahan di Balai Polis Shah Alam malam tadi berikutan tindakannya yang memecahkan 20 karton bir di luar bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor semalam.

“Saya telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis di Sekinchan setelah selesai mesyurat UMNO bahagian.

“Bagi saya ianya adalah satu tindakan yang keterlaluan,” kata Jamal menerusi pesanan aplikasi WhatsApp malam tadi.

Katanya, beliau mungkin ditahan sehingga hari Isnin ini di Balai Polis Shah Alam bagi membantu siasatan.

“Saya bersama 7 rakan saya masih lagi di tahan di Balai (Polis) Shah Alam,” kata Ketua Kumpulan Baju Merah itu.

Difahamkan, tindakan beliau itu sebagai protes kepada kerajaan Selangor selepas Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didakwa membenarkan festival arak sekiranya penganjur mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan. – 6 Oktober 2017.