Reman Jurulatih Rogol Atlet Dilanjut

Tempoh reman ke atas seorang jurulatih Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dilanjutkan selama lima hari sehingga 11 Oktober ini.

Perkara berkenaan disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi  Mohd. Isa ketika dihubungi Bernama hari ini.

Jurulatih warga China berumur 35 tahun itu ditahan pada 2 Oktober lalu kerana disyaki merogol atlet penerjun wanita negara di Kompleks Sukan Bukit Jalil, pada 26 September lepas.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – Bernama, 7 Oktober 2017.