Polis Kelantan Siap Sedia Hadapi PRU14

Anggota Unit Tempur Ringan (LSF) kontijen Kelantan sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

Ketua Cawangan Khas negeri, Asisten Komisioner Abdul Basir Ahmad berkata, unit berkenaan akan berada di barisan hadapan mengawal keselamatan dalam pilihan raya nanti.

Katanya, pada masa ini, unit tersebut giat menjalankan latihan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya ini.

“Unit ini bukan sahaja digerakkan pada pilihan raya tetapi pada bila-bila masa sekiranya berlaku sesuatu keadaan tidak diingini.

Dalam masa sama, lebih ramai anggota akan digerakkan sehingga berlangsungnya pilihan raya nanti,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penutup Kursus LSF Kontijen Kelantan Siri 3 2017 di padang kawad Pasukan Gerakan Am (PGA).

Tambah, Abdul Basir, pihaknya yakin unit berkenaan akan berperanan menangani setiap masalah yang boleh menggugat keselamatan negara. – 13 Oktober 2017.