Polis Siasat Hubungan Sulit Pegawai SPRM

Polis sedang menyiasat dakwaan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sedang mengenal pasti dakwaan tersebut dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang telahan melulu.

“Beri polis masa untuk menyiasat perkara ini. Tidak mudah bagi kami untuk mengesan dan sedang berusaha mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab,” katanya.

Sebelum ini Mohamad Fuzi mengesahkan bahawa polis menerima aduan mengenai perkara itu.

Bagaimanapun katanya, setakat ini tidak ada laporan polis daripada pihak SPRM berhubung dakwaan melibatkan pegawai kanan agensi itu.- 17 Oktober 2017.