Mahfuz Mungkin Tidak Tersenarai Calon PAS

Datuk Mahfuz Omar kemungkinan tidak tersenarai sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) selepas beliau dilihat menghadiri konvensyen Amanah (PAN) di Alor Star baru-baru ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Muhammad Sanusi Md. Nor memberitahu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu dilihat akrab dengan Pakatan Harapan.

“Saya boleh sahkan yang Mahfuz tidak ada dalam senarai calon PAS untuk pilihan raya akan datang. Dia boleh cari platform lain.

“Jika dia sudah bersama Pakatan Harapan, dia tak akan jadi calon PAS,” katanya dalam satu sidang media.

Baru-baru ini, Mahfuz dilaporkan menghadiri ceramah Pengerusi Bersatu dan Pakatan Harapan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Alor Setar.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhammad bagaimanapun enggan mengulas sama ada tindakan tatatertib akan diambil ke atas Mahfuz.

PAS Kedah dijangka akan bertanding di semua 36 kerusi DUN dan 15 Parlimen sekali gus bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional, PAS dan Pakatan Harpan. – 21 Oktober, 2017.