Bayaran Khas RM1,500 Kepada Penjawat Awam

Penjawat awam bakal menerima bayaran khas sebanyak RM1,500 pada tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Bajet 2018 hari ini.

Beliau berkata, bayaran itu adalah bagi menyanjung tinggi kesetiaan penjawat awam dalam mendukung kemajuan negara.

“Bayaran ini akan diberikan dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018, dan RM500 lagi akan diberikan menjelang Hari Raya Aidil Fitri tahun hadapan,” katanya.

Manfaat sama turut diterima pesara kerajaan apabila bakal menerima RM750 iaitu diagihkan secara berperingkat iaitu bayaran RM500 untuk Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri. – 27 Oktober 2017.