20 Tahun Lebih Awal

Pemansuhan tol plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuhraya Persekutuan berkuatkuasa Januari 2018 dilakukan 20 tahun lebih awal daripada yang dijadualkan.

PLUS Malaysia Berhad dalam satu kenyataan berkata, operasi plaza tol berkenaan dijadualkan akan tamat pada Disember 2038.

“Ini bermakna ia berlaku 20 tahun lebih awal daripada yang dijadualkan,” kata PLUS dalam kenyataan tersebut.

Ketika pembentangan Bajet 2018 Najib Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan empat tol bermula Januari tahun depan.

Selain dua tol di Selangor dan Bukit Kayu Hitam, kerajaan juga mengumumkan pemansuhan tol di Eastern Dispersal Link di Johor. – 29 Oktober 2017.