Kerajaan Agih Bantuan Mangsa Ribut Di Dabong

Kerajaan memperuntukkan RM20,000 bagi membantu 56 mangsa ribut dan hujan batu di Dabong, Kuala Krai baru-baru ini.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab. Rahman berkata, ia bagi membantu meringankan beban yang dihadapi mangsa.

“Hari ini kita memperuntukkan lebih RM20,000 untuk bantuan kepada 56 mangsa ribut di sini.

“Minggu lalu, kita bersama warga Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan ( Kesedar) telah membantu membaikpulih rumah mangsa yang mengalami kerosakan bumbung dan atap,” katanya selepas menyampaikan bantuan tersebut hari ini.

Sementara itu, seorang mangsa, Ropeah Muhammad, 72, bersyukur terhadap bantuan diatas musibah yang menimpanya.

“Kejadian ribut yang berlaku baru-baru ini telah memusnahkan atap rumah saya dan ia telah dibaiki.

“Walaupun tidak terlalu teruk, namun saya amat berterima kasih di atas keprihatinan yang diberikan oleh Datuk Ramzi dalam menghulurkan bantuan,” katanya. – 29 Oktober 2017.