Mayat OKU Ditemukan Reput

Mayat seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan dalam keadaan reput di ruangan dalam rumahnya di Kampung Seri Aman 3, Pasir Puteh hari ini.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya terpaksa memecah pintu masuk ke rumah itu selepas menerima panggilan kecemasan kesan bau busuk pada pukul 11.25 pagi tadi.

“Rumah itu berkunci, jadi pihak bomba terpaksa mengumpil pintu rumah untuk masuk ke dalam selepas mengesahkan punca bau busuk dan kedudukan mayat menerusi lubang dinding dari luar rumah,” katanya ditemui dilokasi kejadian, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang dikenali sebagai  Mustaffa Hamzah, 55, ditemukan dalam keadaan terbaring di atas lantai rumah berkenaan.

Katanya,  mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dihantar ke Hospital Tengku Anis untuk bedah siasat. – 2 November 2017.