Banjir Di Pulau Pinang

Bandaraya George Town Ditenggelami Air Hari Ini

Beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat hari ini susulan hujan lebat dan angin kencang semalam.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng awal pagi ini, di sesetengah kawasan air naik setinggi 3 hingga 3.5m.

Antara yang terjejas di George Town adalah Kampung Masjid, Jalan P. Ramlee, Sungai Pinang, Jalan Kebun Lama, Lebuh Carnovan, Jalan Anson dan Halaman Bukit Gambir.

Bayan Baru, Bayan Lepas, Batu Ferringghi, Balik Pulau dan beberapa kawasan di Seberang Prai juga terjejas. – 5 November 2017.

Tanah runtuh di Tanjung Bungah, Pulau Pinang akibat hujan lebat di Pulau Pinang hari ini.

Sebuah feri kelihatan terdampar di Jeti Pulau Pinang selepas hujan lebat dan angin kencang melanda Pulau Pinang. 

Anggota tentera membantu seorang warga emas wanita yang menjadi mangsa banjir menaiki trak di Pulau Pinang hari ini. 

Beberapa batang jalan raya ditenggelami air akibat banjir yang melanda Pulau Pinang hari ini.