Kolej Komuniti Perlu Pembaharuan, Pasar Produk Antarabangsa

Kolej Komuniti perlu melakukan pembaharuan bagi memastikan produk yang dihasilkan mampu dipasarkan ke peringkat antarabangsa.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, cabaran berkenaan perlu dilakukan supaya produk dari Kolej Komuniti menjadi antara pilihan utama masyarakat luar.

“Kolej Komuniti memainkan peranan penting dalam memberi kemahiran kepada penduduk setempat seperti di Kolej Komuniti cawangan Tanah Merah yang lebih kepada pastri.

“Dengan kemahiran ini, lakukan sesuatu yang baharu seperti memasarkan kuih jala emas, ayam percik dan sebagainya ke luar negara,” katanya pada Majlis Perasmian Kolej Komuniti cawangan Tanah Merah.

Kolej Komuniti cawangan Tanah Merah adalah cawangan keempat yang baharu dibuka di Kelantan. – 5 November 2017.