30 Mangsa Masih Terkandas

Sebanyak 30 mangsa dilaporkan masih terkandas di Bukit Bendera selepas Pulau Pinang dilanda ribut pada hujung minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Penolong Pesuruhjaya Anuar Omar berkata, operasi menyelamatkan masa masih diteruskan sejak Sabtu lepas.

Difahamkan, mangsa membabitkan 20 lelaki, 10 warga emas dan dua kanak-kanak.

Operasi menyelamat yang terdiri daripada anggota bomba, tentera, polis serta pasukan pertahanan awam menghadapi kesulitan disebabkan tanah runtuh di bukit tersebut.

“Pihak polis dan semua agensi lain cuba menyelamatkan mereka dengan berjalan kaki. Semua akses (ke bukit) dengan kenderaan sangat sukar kerana tanah runtuh.

“Pasukan itu dipantau dengan helikopter untuk membantu jika misi menyelamatkan mereka gagal,” kata Anuar pagi ini. – 7 November 2017.