PM Tinjau Banjir Pulau Pinang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau situasi banjir di Pulau Pinang hari ini.

Beliau tiba kira-kira pukul 10.40 pagi disambut Ketua Menteri Lim Guan Eng sebelum diberi taklimat mengenai situasi terbabit oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus.

Beliau juga turut diberi taklimat mengenai punca kejadian serta langkah-langkah jangka pendek bagi mengatasi masalah itu daripada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran negeri Ir. Sabri Abdul Mulok.

Perdana Menteri kemudiannya bergerak ke Kampung Tanjung Putus untuk meninjau keadaan mangsa yang terjejas di kawasan tersebut.

Beliau akan meninjau penempatan mangsa banjir di Masjid Nyiur Sebatang dekat Tasek Gelugor dan beramah mesra bersama 242 mangsa di situ. – 7 November 2017.