Jambatan Pulau Setelu Ditenggelami Air

Jambatan sementara Pulau Setelu di Gua Musang terpaksa ditutup sekali lagi apabila ditenggelami air akibat hujan lebat sejak semalam.

Pentadbir Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Ahmad Kamizi Jalil berkata, jambatan tersebut ditenggelami air kira-kira pukul 6.30 pagi ini.

“Ini merupakan kali ke-24 jambatan itu ditenggelami air, kejadian itu bukan sahaja mencemaskan penduduk sekitar sekali gus memutuskan hubungan pengguna jalan raya Gua Musang – Jeli,” katanya.

Tambah beliau, sejak jambatan kekal runtuh pada banjir besar penghujung Disember 2014 lalu, penduduk sering menghadapi masalah perhubungan.

“Kami menjangkakan jambatan ini akan lebih kerap tenggelam kerana sudah memasuki musim tengkujuh,” katanya. – 9 November 2017.