Polis Buru Idi Telor

Polis Kuala Krai memburu seorang lelaki yang dikenali sebagai Idi Telor bagi membantu siasatan berhubung kes pecah rumah dan curi kenderaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, nama sebenar suspek adalah Mohamad Saide Al Jasas Abdul Halim berusia 44 tahun.

Idi Telor

“Kita minta kerjasama orang awam yang mengetahui tentang suspek supaya melaporkan diri ke balai polis terdekat.

“Suspek dikehendaki bagi membantu siasatan ke atas empat laporan,” katanya.

Menurut Abdullah, suspek dikesan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau. – 9 November 2017.