Air Sungai Golok Di Paras Berjaga-Jaga

Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang dilaporkan kini berada pada pasras berjaga-jaga berikutan cuaca tidak menentu sejak seminggu lalu.

Berdasarkan infobanjir.water.gov.my, sehingga jam 12 tengahari tadi, paras air semakin menurun iaitu 7.12 meter berbanding 7.31 semalam.

Paras air Sungai Galas di Kuala Krai juga kini dilaporkan kembali normal iaitu 31.61 meter.

Sementara itu, paras air sungai di 10 lokasi lain termasuk Sungai Lebir di Gua Musang, Sungai Galas di Limau Kasturi, Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Golok d Jenob, Tanah Merah, juga berada pada tahap normal.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Faudzi Che Mamat berkata, pihaknya sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir pada bila-bila masa.

Katanya, cuaca di Kelantan kini tidak menentu namun dengan persediaan yang sudah dibuat, pihaknya yakin dapat menangani banjir dengan baik.

“Apa yang ditakutkan adalah fenomena air pasang besar, namun setakat ini tiada peringatan atau tanda-tanda ke arah itu,” katanya. – 10 November 2017.