Polis Buru Dua Suspek Lelaki, Wanita

Polis Pasir Puteh sedang memburu seorang lelaki dan wanita berhubung kes di bawah Seksyen 324 dan Sesksyen 506 Kanun Kesiksaan yang dilaporkan berlaku di Kampung Cherang Ruku, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Suprintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, suspek dikenali sebagai Mohd. Kupuan Zahari, 30, beralamat di Kampung Pacakan, Semerak.

“Manakala seorang suspek wanita itu dikenali sebagai Nurul Asdayanti Mohamad, 26, beralamat di Kampung Pantai Baru, Bachok,” katanya kepada pemberita hari ini.

Abdul Rozak berkata, Mohd. Kupuan dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan manakala Nurul Asdayanti untuk Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan.

Katanya, pihak polis percaya kedua-dua suspek masih berada di dalam negeri dan bersembunyi di lokasi tertentu.

“Kami berharap agar mereka menyerah diri di mana-mana balai polis yang berdekatan seberapa segera,” katanya. – 10 November 2017.