PAU 2017 Fokus Cetus Daya Juang Baharu Ahli, Pemimpin Parti

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 yang bakal diadakan bermula 5 Disember depan akan memfokuskan untuk mencetuskan daya juang baharu ahli dan pemimpin parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, ia bertujuan memastikan semua jentera di peringkat akar umbi bersiap sedia dengan strategi dan langkah untuk memastikan kemenangan UMNO.

“PAU merupakan platform terbaik kita terutama di peringkat pucuk pimpinan tertinggi untuk menyampaikan amanat, misi dan visi untuk menghadapi PRU14 akan datang,” katanya

Mengulas lanjut, Ab. Rauf berkata, pelbagai kaedah atau pendekatan akan dilakukan bagi menyemarakkan suasana sepanjang perhimpunan berkenaan selain memberikan semangat ‘winning mentality’ bagi menghadapi PRU14. – 13 November 2017.