Hubungan Kerajaan PAS Kelantan, Pusat Semakin Baik

Kerajaan PAS Kelantan mengakui hubungan dengan kerajaan Pusat semakin baik khususnya selepas banjir 2014 dengan banyak kesepakatan dapat dicapai kedua-dua pihak demi kebaikkan rakyat.

Timbalan Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, dalam tempoh selepas banjir itu, kerajaan Pusat juga telah banyak membantu negeri itu.

“Kita akui banyak bantuan yang disalurkan kerajaan Pusat kepada Kelantan sejak dahulu hingga kini.

“Namun dalam beberapa isu kita lihat ia perlu diatasi bagi memenuhi semangat Perlembagaan dan Persekutuan sekali gus merapatkan lagi hubungan Kelantan dan Pusat.

“Sebagai contoh isu royalti yang kini dalam proses mahkamah dan Kelantan tidak pernah berputus asa selain berharap kerajaan Pusat dapat pertimbangkan perkara itu,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Azami Md. Nor (PAS- Kadok)
meminta kerajaan negeri menyatakan adakah mereka berpuas hati dengan hubungan dengan kerajaan Pusat sehingga kini. – 20 November 2017.