Jangan Jadi Alat DAP Lawan Ulama Kata PAS Kepada PAN

PAS mengingatkan parti serpihannya, PAN supaya tidak menjadi alat DAP dengan melawan ulama.

Ketua Penerangan PAS negeri, Datuk Mohd. Nassruddin Daud turut mengingatkan PAN supaya tidak menggunakan nama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk kepentingan politik.

“DAP ini membenci ulama jadi kita (PAN) jadi alat DAP untuk turut sama melawan ulama.

“Berhentilah juga jaja nama Tok Guru kalau mengkhianti perjuangan. Tok Guru tidak pernah khianati perjuangan PAS dan tetap istiqamah di dalam PAS sehingga nafas terakhirnya,” katanya. – 24 November 2017.