Senarai Calon PRU14 BN Selesai

Barisan Nasional (BN) sudah mempunyai senarai pendek nama calon untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, BN telah membuat persiapan yang rapi bagi menghadapi pilihan raya kali ini.

“Senarai nama sudah selesai, tunggu sahaja pengumuman yang akan dibuat ketika pilihan raya umum nanti.

“Kita bukan macam parti pembangkang yang kelam kabut dalam menentukan hala tuju parti dan calon yang akan bertanding,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelepasan Komuniti Berbasikal di Putrajaya hari ini.

PRU14 diramal akan diadakan awal tahun depan selepas beberapa jangkaan mengenainya pada tahun ini hampir meleset. – 25 November 2017.