Mangsa Banjir Di Kelantan Terus Meningkat Kepada 520

Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 520 orang membabitkan 141 keluarga berbanding 319 mangsa semalam.

Kesemua mangsa masing-masing ditempatkan di 13 pusat pemindahan membabitkan daerah Kota Bharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh dan Tanah Merah.

Pasir Puteh terus mencatat jumlah paling tinggi iaitu 244 mangsa daripada 76 keluarga diikuti Kota Bharu (186 mangsa); Tanah Merah (74 mangsa) dan Kuala Krai (15 mangsa).

Sementara itu, paras air di beberapa sungai utama di negeri mula menunjukkan peningkatan dengan Sungai Golok, di Rantau Panjang sudah melebihi paras bahaya iaitu 9.21 meter. – 27 November 2017.