Pekan Rantau Panjang Mula Dinaiki Air

Gambar Hiasan

Perkan Rantau Panjang mula dinaiki air setelah hujan lebat yang berterusan sejak tengah hari ini.

Paras air Sungai Golok kini mencecah 10.30 meter melebihi paras bahaya.

Paras bahaya bagi sungai itu adalah 9 meter.

Kebanyakan premis perniagaan mula ditutup dan jalan utama juga mulai sesak dengan pelbagai jenis kenderaan yang mahu keluar dari pekan itu.

Bagaimanapun, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) tidak terjejas dan masih beroperasi seperti biasa.

Sementara itu, beberapa penduduk yang tinggal di sepanjang tebing Sungai Golok mula meninggalkan kediaman masing-masing.

“Mengikut pengalaman lalu, pekan ini mudah ditenggelami ait dalam tempoh dua hingga tiga jam selepas air Sungai Golok melimpah.

“Jadi lebih baik kami buat persiapan awal sebelum air naik lebih tinggi dan kenderaan tidak boleh masuk. Susah nanti mahu pindahkan barang-barang,” katanya. – 28 November 2017.