Tiada Buaya Berkeliaran Di Kawasan Penduduk terlibat Banjir

Jabatan Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang menafikan dakwaan buaya berkeliaran sekitar kediaman penduduk akibat kenaikan paras air Sungai Golok.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd. Adni Ibrahim berkata, pihaknya belum menerima maklumat mengenai perkara itu.

Katanya, dakwaan mengenainya tidak dapat dipastikan kerana tiada sumber atau saksi tampil mengesahkan kehadiran amfibia berkenaan.

“Jika benar dakwaan ini (buaya berkeliaran) di Sungai Golok, kita harap penduduk segera melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa,” katanya.

Semalam, tular di media sosial gambar buaya berada dalam kawasan kediaman penduduk selepas Sungai Golok melimpah ke paras bahaya.

Sementara itu, beliau berkata, keadaan banjir di kawasan berkenaan masih terkawal, bagaimanapun penduduk diingatkan supaya sentiasa berwaspada berikutan air sungat melepasi paras bahaya. – 28 November 2017.