Ahli PAS Dijangka Lebih Ramai Lagi Akan Tinggal Parti

Ahli PAS dijangka lebih ramai akan bertindak keluar parti berikutan tidak berpuas hati dengan hala tuju parti itu sejak akhir-akhir ini.

Ketidakpuasan hati mereka amat ketara dengan keputusan parti Islam itu memecahkan pembangkang dengan membentuk blok politik ketiga, Gagasan Sejahtera menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Memetik laporan sebuah portak berita online, Ketua Pembangkang Kedah Datuk Amiruddin Hamzah berkata, kemungkinan ramai lagi ahli parti akan tinggalkan parti.

“Masa akan buktikan. Mungkin selepas Parlimen dibubarkan. Ada perwakilan PAS di Kedah, Selangor, Terengganu dan Kelantan yang tak berpuas hati.

“Kita akan lihat bila Parlimen dibubarkan. Riak arus akan jadi gelombang kecil dan kemudian akan jadi gelombang besar. Tetapi bila jadinya, saya tak tahu.” katanya seperti mana laporan portal berkenaan.

Amiruddin terlah bertindak keluar parti Ahad lepas dan masuk Bersatu. – 29 November 2017.