Anak Saudara MB Direman Terlibat Lombong Pasir Haram

Empat individu termasuk anak saudara kepada Menteri Besar Selangor direman tujuh hari kerana dipercayai terlibat melindungi kegiatan lombong pasir dan batu haram di negeri itu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Ainna Sherina Saipolamin yang membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mereman keempat-empat lelaki berkenaan.

Kesemua mereka ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam di sekitar Kuala Lumpur.

Hasil penahanan itu, akaun bernilai RM4 juta milik syarikat terlibat turut dibekukan.

Syarikat perlombongan itu dikatakan merasuah penguat kuasa tempatan supaya tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan terbabit. – 30 November 2017.