Pelampung Pak Syed Laris

Seorang peniaga kedai runcit dan mainan kanak-kanak di pekan Rantau Panjang meraih pendapatan sampingan cukup lumayan apabila pelampung yang dijual hanya pada musim banjir mendapat sambutan luar biasa.

Malah dalam tempoh dua hari sejak semalam, Syed Abu Bakar Syed Daud, 56, berjaya meraih pendapatan ribuan ringgit hasil daripada jualan pelampungnya itu.

Katanya, dia mula menjual pelampung tersebut sejak tiga tahun lalu iaitu hanya pada musim banjir.

“Pelampung pelbagai saiz itu dijual dengan harga serendah RM5 sehingga RM90.

“Kebanyakkan pelampung tersebut dibeli oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka,” katanya semasa ditemui.

Tambahnya, selain kedainya, beberapa kedai lain juga turut mengambil inisiatif menjual pelampung. – 1 Disember 2017.