Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan Menurun

Jumlah mangsa banjir di Kelantan di laporkan menurun kepada 12,493 orang setakat pukul 1 tengah hari ini berbanding 13,736 orang pada pukul 8 pagi tadi.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas merekodkan jumlah tertinggi dengan 8,034 mangsa daripada 3,473 keluarga yang ditempatkan di 31 Pusat Pemindahan Sementara.

Ia diikuti Tumpat dengan 3,365 mangsa (1,175 keluarga) di lapan PPS.

Selain itu, 814 mangsa ditempatkan di lapan PPS di Pasir Puteh, 133 mangsa di dua PPS di Kota Bharu, 91 mangsa di dua PPS di Gua Musang dan dua PPS di Tanah Merah menempatkan 56 mangsa.

Menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang kekal kepada 10.34 meter.

Sementara iutu, paras air Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula menurun kepada 3.52 meter berbanding 3.55 meter. – 2 Disember 2017.