Banjir Semakin Pulih, Hanya Tinggal 5,697 Mangsa

Banjir di Kelantan semakin pulih dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun kepada 5,697 orang dari 2,227 keluarga.

Setakat pukul 6 petang ini, Pasir Mas khususnya Rantau Panjang menunjukkan penurunan ketara kepada 3,159 orang daripada 1,134 keluarga di 11 PPS.

Manakala jumlah mangsa di Tumpat menurun kepada 2,514 orang membabitkan 888 keluarga di lapan PPS.

Di Pasir Puteh, jumlah mangsa yang ditempatkan di sebuah PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Raja hanya dihuni oleh 24 mangsa dan mereka dijangka akan pulang dalam tempoh terdekat.

Dalam pada itu, paras air di semua lokasi di Sungai Kelantan berada pada tahap normal dengan hanya Sungai Golok di Rantau Panjang masih di peringkat bahaya iaitu 9.73 meter. – 4 Disember 2017.