Banjir Termenung, 32 Mangsa Belum Pulang Ke Rumah

Sebanyak 32 mangsa banjir di Kelantan belum dapat pulang ke rumah masing-masing berikutan fenomena banjir termenung.

Mangsa terbabit adalah dari Kampung Kajang Sebidang, Kampung Jelujok dan Kampung Kubang Sawa.

Kini mereka ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Bunohan, Tumpat.

Banjir di negeri itu dilaporkan telah pulih sepenuhnya sejak tiga hari lalu, namun Keadaan cuaca dilaporkan mendung pagi ini.

Ramalan banjir gelombang kedua akan melanda negeri itu bermula hari ini. – 7 Disember 2017.