Najib, Ahmad Zahid Kekal Jawatan Tertinggi Parti

Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kekal pada jawatan tertinggi UMNO apabila jawatan presiden dan naib presiden tidak akan dicabar dalam pemilihan UMNO tahun depan.

Keputusan itu dicapai setelah perwakilan sebulat suara bersetuju usul yang dibawa oleh Pemuda UMNO.

Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin membacakan usul tersebut untuk diluluskan semasa sidang perbahasan pagi tadi.

“Untuk semangat kebersamaan merealisasikan konsep untuk menjadi ketetapan dalam sidang kali ini agar jawatan presiden (Najib Razak) dan timbalan presiden (Ahmad Zahid Hamidi) tidak akan dipertandingkan dalam pemilihan akan datang,” katanya pada Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2017 hari ini.

Ahmad Zahid adalah naib presiden presiden tetapi menjalankan tugas sebagai timbalan presiden selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat pada tahun lepas. – 8 Disember 2017.