Bersatu Beri Tekanan Kepada AS

Seluruh negara Islam perlu bersatu dan memberi tekanan kepada Amerika Syarikat (AS) yang bertindak mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Pengerusi Biro Aduan Masyarakat Malaysia (Pertama), Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, sudah tiba masanya dunia Islam ‘mengajar’ AS agar tidak terus biadab dengan mencabuli kehormatan agama Islam.

Dalam masa sama, beliau juga menyeru seluruh rakyat di negara ini agar memboikot barangan keluaran Yahudi dan tidak menjadikannya sebagai tindakan bermusim.

“Tindakan AS sudah keterlaluan apabila dengan sesuka hati cuba menyerahkan ibu negara sebuah negara berdaulat (Palestin) kepada Israel.
Tindakan ini, adalah kemuncak kepada kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

“Kali ini biarlah negara Islam betul-betul bersatu dan disusuli dengan tindakan terhadap AS. Pastinya apabila seluruh dunia Islam bersatu ia akan memberi kegerunan kepada AS,” katanya. – 10 Disember 2017.