Harga Petrol, Diesel Turun

Harga petrol dan diesel bagi minggu 14 hingga 20 Disember turun bermula selepas tengah malam ini.

Harga petrol RON95 dan RON97 turun sebanyak lima dan empat sen masing-masing kepada RM2.25 dan RM2.52 seliter.

Sementara itu, diesel turun satu sen kepada RM2.20 seliter.

Harga baharu itu dikongsi menerusi halaman rasmi Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Mekanisme penetapan harga bahan bakar mingguan berkuat kuasa pada April tahun ini dan harga petrol dan diesel telah ditempatkan pada sistem apungan bulanan yang diuruskan sejak 1 Disember 2014 berikutan penghapusan subsidi bahan bakar. – 13 Disember 2017.