Israel Bom Semenanjung Gaza

Pasukan tentera Israel mengebom sebuah kawasan Palestin dan tanah pertanian di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza awal pagi ini, lapor agensi berita Jordan (Petra).

Sumber Palestin mengatakan, pesawat Israel menembak beberapa roket mensasarkan sebuah kawasan dimiliki oleh sayap tentera Hamas, Briged Izz ad-Din al-Qassam serta tanah pertanian di wilayah selatan Semenanjung Gaza.

Ekoran serangan itu menyebabkan kawasan sekitarnya mengalami kerosakan teruk. – Bernama, 13 Disember 2017.