Kaunselor Dublin Tarik Balik Anugerah Suu Kyi

Kaunselor Dublin semalam mengundi untuk menarik balik anugerah ‘Freedom of the City of Dublin’ yang diberikan kepada pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Penarikan tersebut sebagai membantah cara pemimpin wanita itu menangani keganasan terhadap etnik Islam Rohingya di negara berkenaan.

Media Ireland melaporkan, majoriti kaunselor menyokong langkah pembatalan anugerah tersebut dengan 59 undi menyokong dan dua undi menentang manakala seorang lagi tidak hadir.

Keputusan itu dibuat selepas lebih 620,000 etnik Rohingya melarikan diri ke sempadan Bangladesh bagi mengelak daripada keganasan tentera Myanmar. – 14 Disember 2017.