PRU14, DAP Tentang BN

Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai perjuangan Barisan Nasional (BN) menentang DAP dan sebaliknya.

Ini kerana parti cauvinis Cina itu dilihat lebih mendominasi Pakatan Harapan berbanding parti-parti lain dalam gabungannya.

Ketua Penerangan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Fathul Bari Mat Jahya berkata, situasi tersebut jelas apabila DAP dilihat cukup berpengaruh menentukan hala tuju pakatan pembangkang itu.

“Saya juga melihat DAP tidak akan memberikan laluan mudah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamawd untuk menjadi Perdana Menteri.

“Apa yang berlaku di Perak sebelum ini membuktikan bahawa DAP telah mengawal pentadbiran walaupun Menteri Besar ketika itu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin,” katanya.

Fathul Bari berkata, pada PRU14 nanti rakyat perlu memberikan mandat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus menerajui kepimpinan negara ini.

Katanya, keupayaan Najib memimpin negara terbukti berkesan menerusi pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang akan memacu rakyat ke arah lebih maju dan berdaya saing.

“Sebab itulah, rakyat perlu terus memberikan sokongan kepada BN dengan hasil kemakmuran yang telah dikecap sehingga hari ini,” katanya. – 14 Disember 2017.