Rogol Anak, Bapa Dipenjara, Sebat

Seorang bapa dihukum penjara 18 tahun dan 10 sebatan selepas didapati bersalah merogol anak kandungnya September lalu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman selepas tertuduh yang berusia 50 tahun mengaku salah atas tuduhan itu.

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 10 tahun empat bulan di sebuah rumah tanpa nombor di Beris Kubur Besar, antara jam 9.30 malam dan 11.15 malam, 22 September lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hukuman berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 13 Oktober lalu. – 17 Disember 2017.