Azwan Ali Serah Dokumen Kepada SPRM

Selebriti Azwan Ali hari ini menyerahkan dokumen dan bukti berkaitan penyelewengan dan salah laku seorang pemimpin Pakatan Harapan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) .

Adik Menteri Besar Selangor itu (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) hadir di pejabat suruhanjaya itu kira-kira pukul 10 pagi.

Azwan bagaimanapun tidak menamakan individu berkenaan dengan berkata, “saya rasa media boleh membuat spekulasi atau mentafsirkan siapa yang saya maksudkan. Saya tidak boleh beritahu siapa individunya, ia sangat sulit kena tunggu dan lihat”.

Tambah Azwan, tindakannya itu sama sekali tidak bermotifkan politik sebaliknya demi agama, bangsa dan negara.

“Kenapa dikatakan saya makan dedak, tapi artis yang menyokong pembangkang itu dedak apa? Dedak basi kot. Senang-senang kata aku dapat dedak kau, kau pun dedak juga ingat aku tak tahu.

“Terkini saya tahu ramai yang mencaci hina saya kata pendedahan saya sebab PRU14. Ini semua kerana Allah. Kau sekolah ke tak. Kau janganlah nak pusing cakap,” katanya. – 20 Disember 2017.