Sasterawan Negara Shahnon Ahmad Meninggal Dunia

Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad meninggal dunia di Hospital KPJ Kajang kira-kira jam 8 pagi ini.

Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Saifullizan Yahaya berkata, berita kematian Shahnon dimaklumkan oleh anak Allahyarham, Asrul Sani.

“Jenazah akan disolatkan di Surau Madani Seksyen 3 Bandar Baru Bangi selepas solat Zuhur hari ini,” katanya.

Shahnon, anak kelahiran Sik, Kedah pada tahun 1933 mula menghasilkan novel pertamanya, Rentong pada 1956.

Novel beliau Ranjau Sepanjang Jalan (1966) dijadikan teks sastera tingkatan enam dan diangkat ke layar perak pada 1983.

Novelnya yang berjudul Srengenge (1973) juga memenangi anugerah Novel Tahunan Malaysia pada tahun 1970.

Shahnon menerima anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1982.

Allahyarham pernah menjadi Ahli Parlimen Sik selama sepenggal iaitu pada 1999 hingga 2004. – 26 Disember 2017.