Takutkan Husam, Hotel Al Ansar Di Arah Batal Tempahan?

Program Bicara Anak Kelantan “Merungkai 1001 Persoalan
Bersama YB Dato’ Haji Husam Musa” yang dijadual akan
diadakan di Dewan Kenanga, Hotel Al Ansar malam ini
terpaksa dipindahkan ke Hotel Crystal Lodge, Jalan Che
Su, Kota Bharu.

Berikut adalah kenyataan penuh pihak penganjur berhubung program berkenaan.

Program Bicara Anak Kelantan “Merungkai 1001 Persoalan
Bersama YB Dato’ Haji Husam Musa” yang dijadual akan
diadakan di Dewan Kenanga, Hotel Al Ansar malam ini
terpaksa dipindahkan ke Hotel Crystal Lodge, Jalan Che
Su, Kota Bharu.

Perpindahan ini disebabkan Pengurusan Hotel Al Ansar
di arah supaya membatalkan tempahan yang dibuat oleh
pihak penganjur iaitu portal berita Sokmo.Net
48 jam sebelum program berlangsung.

Alasan pihak Permodalan Kelantan Berhad selaku pemilik
hotel tersebut ketika membatalkan tempahan pihak
penganjur ialah kerana melibatkan YB Dato’ Haji Husam
Musa.

Pihak penganjur telah membuat tempahan dewan untuk
program berkenaan sejak awal November dengan membayar
wang deposit serta memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan oleh pengurusan hotel Al Ansar.

Untuk makluman, sebelum ini pihak penganjur telah
menjemput YB Dato’ Abdullah Che Mat Nawi dan YB
Zulkifli Mamat sebagai panelis bagi program ini namun
kedua-duanya menolak atas sebab-sebab tertentu.

Usaha pihak penganjur mendapatkan lokasi lain sebagai
ganti juga hampir menemui jalan buntu, apabila pemilik
premis-premis lain turut mengambil tindakan yang sama.

Bagaimanapun orang ramai tidak perlu kecewa dengan
pembatalan ini kerana program yang sama akan tetap
diadakan seperti mana yang dirancang iaitu pada 28
Disember 2017 (Khamis), jam 9.00 malam di Dewan
Kayangan, Tingkat 4, Hotel Crystal Lodge, 124 Jalan
Che Su, Kota Bharu.

Dewan Ini boleh memuatkan 250 orang jemputan. – Sokmo.Net