DAP Politik Pecah Belah

DAP dikatakan menggunakan strategi ala Zionis untuk memecah belahkan parti Melayu bagi memastikan matlamat politik mereka untuk mentabdir negara ini tercapai.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, DAP menggunakan strategi dengan mempengaruhi parti Melayu yang lemah dengan menawarkan talian hayat politik.

Beliau berkata, cara itu juga turut digunakan DAP untuk menakut-nakutkan rakyat terutamanya masyarakat cina dengan harapan mereka berada di belakangnya.

“DAP telah menggunakan talian hayat politik untuk mempengaruhi parti Melayu yang lemah dan setelah dia (DAP) mendapat sokongan daripada parti Melayu yang lemah, DAP akan bertindak memecahkan parti Melayu.

“Ini adalah strategi ala zionis di mana kalau tidak boleh lawan, dia akan menimbulkan kekeliruan. Jadi, DAP ada kecenderungan menggunakan pendekatan yang hampir sama,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, DAP bukanlah parti yang ingin melihat keamanan dan kemakmuran, tetapi sebuah parti yang punyai matlamat untuk memecah-belahkan kaum di negara ini.

“Sebelum memerintah Pulau Pinang, mereka (DAP) tiada masalah. Tetapi lihat apa yang berlaku selepas mereka berjaya tawan Pulau Pinang? Negara akan aman tanpa DAP.

“Lihat sahaja di Pulau Pinang, dulu tiada masalah untuk meraikan perayaan yang besar, tapi kini, perayaan Thaipusam diadakan dua perbarisan yang berlainan mengikut kasta…itu menunjukkan DAP sengaja nak pecah belahkan kaum India di sana.

“Ada yang kata DAP ini Developer Action Party atau pun Damn Arrogant Party kerana sikap sombong dan angkuh mereka dan ghairah menarah bukit-bukau sehingga menyebabkan banjir lumpur yang amat teruk berlaku di Pulau Pinang,” katanya yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Kawan – 2 Januari 2018.