Pendaftaran Penerima BR1M 2018 Dilanjut

Pendaftaran untuk penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dilanjutkan sehingga 25 Januari ini.

Ketika mengumumkan perkara itu menerusi catatan di laman rasmi Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkasta, “Sukacita saya maklumkan bahawa pendaftaran bagi BR1M 2018 dilanjutkan sehingga 25 Januari ini.

“Kepada yang masih belum, boleh daftar di ebr1m.hasil.gov.my atau cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan,” katanya.

Kementerian Kewangan sebelum ini memberitahu permohonan dan kemas kini maklumat BR1M 2018 dibuka kepada penerima yang layak bermula 27 November sehingga 31 Disember lalu.

Kementerian itu turut memaklumkan, pasangan kepada penerima BR1M tahun sebelumnya yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan pada tahun sebelumnya perlu membuat permohonan baharu bagi BR1M 2018. – 5 Januari 2018.